Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

731
SHARE

1 JANUARI 1997 (RABU)

PADA tanggal 1 Januari 1997, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah ditubuhkan.

Penubuhan JAKIM bermula dengan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada tahun 1968 yang mana penubuhannya telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja.

Pada tahun 1974 pula, urus setia MKI telah disusun semula menjadi Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri dan diberi nama Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS).

Selaras dengan perkembangan negara dan keperluan masyarakat Islam semasa, Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) ini telah disusun semula. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Oktober 1996 telah bersetuju supaya BAHEIS, dinaikkan taraf menjadi sebuah Jabatan dengan nama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Penubuhan JAKIM dilihat sebagai salah satu platform dalam memenuhi keperluan masyarakat Islam seiring dengan perkembangan dan pembangunan negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia