Home Berita PAS Melaka

Hargai jasa, pengorbanan warga emas – YDP PAS Alor Gajah

314
SHARE

Oleh : Al-Ansari

ALOR GAJAH, 1 Jan : “Warga emas telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak-anak sehingga dewasa yang mana menyambung bakti demi negara.

“Kita perlu memberikan perhatian dan sering mendampingi mereka selari dengan tuntutan dalam agama Islam.”

Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin berkata demikian kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) ketika menghadiri Program Ziarah Kasih Gadek anjuran Jabatan Pilihan Raya Dun (JPrD) PAS Gadek, di sini, kelmarin.

Dalam program tersebut Ustaz Syahbudin telah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan dapur kepada beberapa warga emas yang yang memerlukan.

Penerima ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada JPrD PAS Gadek atas sumbangan ini yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga.

Program ziarah ini turut dihadiri oleh Ketua Muslimat PAS Kawasan Alor Gajah, Rosela Alwi, Ahli Jawatan Kuasa JPrD PAS Gadek, Norizah Amzah dan pimpinan muslimat tempatan.