Home Berita PAS Melaka

Hari ini kita membantu, esok mungkin kita dibantu – Ustaz Imran

332
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 30 Dis : “Hari ini kita memberi bantuan, di lain hari mungkin orang pula akan membantu kita. Itulah kehidupan tidak lari daripada memerlukan satu sama lain.

“Seperti kata pepatah, hari ini hari orang, entah-entah esok hari kita pula. Memang tepat pepatah tu. Jadi kena banyak membantu semasa kita ada dan dengan apa yang kita ada.”

Demikian dinyatakan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman ketika ditemui Wartawan Rakyat Melaka (WARM) selepas menyerahkan bantuan kepada empat orang wakil kepada asnaf sekitar Masjid Tanah, di sini, semalam.

Ustaz Imran yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Melaka itu menjelaskan bahawa agihan ini melibatkan seorang anak yatim di Dun Ayer Limau dan tiga lagi asnaf di Sungai Kertah, Tanjung Bidara dan Pengkalan Balak.

Sumbangan ini telah disampaikan sendiri beliau di beberapa lokasi.

“Semoga dengan agihan tersebut dapat memberi manfaat dan sedikit keceriaan kepada mereka,” ujar Ustaz Imran mengakhiri temubual beliau.