Home Berita PAS Melaka

Takziah buat waris Almarhumah Rokiah Bujang – Ustaz Imran

391
SHARE

Oleh : Adam Baba

MASJID TANAH, 27 Dis : Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman mengucapkan takziah kepada waris Almarhumah Rokiah Bujang, 72, yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.

“Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh Almarhumah ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dan solehah.

“Saya sangat faham, ia sesuatu yang amat menyedihkan bagi waris-waris yang ditinggalkan. Tapi kita mesti banyak bersabar dan reda dengan segala ketentuan Allah SWT ini,” ujar beliau lagi.

Ustaz Imran berkata demikian ketika ditemui Wartawan Rakyat Melaka (WARM) selepas melakukan ziarah di rumah Almarhumah di Kampung Pulau, di sini, hari ini.

Ustaz Imran yang diiringi oleh Pengerusi Masjid Kampung Pulau yang juga Ketua Cawangan PAS di situ, Rohizan Abdul Rahman, turut memberikan sedikit sumbangan peribadi sebagai tanda simpati terhadap musibah yang melanda waris keluarga si mati itu.

Menurut waris, Wadihah Ismail, 45, Almarhumah Rokiah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.00 pagi tadi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pulau selepas solat Zohor sebentar tadi.