Home Berita PAS Melaka

Coretan kak Wirda : PAS organisasi tersusun untuk daulatkan Islam

496
SHARE

Oleh : Wirdawati Nazwir

Alhamdulillah.
Assalamualaikum.

PAS adalah satu gerakan Islam yang berorganisasi dan tersusun dengan matlamat menggerakkan diri dan masyarakat ke arah mendaulatkan Islam dalam semua aspek kehidupan dan menyatukan ummah di bawah satu sahaja kepimpinan jemaah.

So, tidak perlulah kita mempelbagaikan pertubuhan Islam yang cuma memfokuskan satu dua sudut sahaja. Ia sangat bahaya kepada perpaduan dan kesatuan pemikiran.

Medan tarbiah adalah antara fokus PAS bagi membina akidah yang teguh, pemikiran yang jelas, akhlak yang mulia, amal ibadah yang ikhlas dan perjuangan dakwah yang berterusan demi membebaskan kuasa pemerintahan daripada tangan orang yang khianat, sombong, angkuh dan membangga diri, dan diserahkan kepada tangan yang amanah dan berjuang untuk memurnikan perjuangan Islam dan memajukan ummah. Justeru itu, laksanakanlah tanggung jawab kita sebagai ahli PAS. Alhamdulillah.

Hadirilah hampir semua program jemaah termasuk usrah dan kuliah haraki, di samping program masyarakat seperti Solat berjemaah, kuliah Agama, Majlis Khatam Al-Quran dan lain-lain lagi.

Berada di bawah kepimpinan Kerajaan PN (Perikatan Nasional) di Malaysia telah memberi lebih banyak peluang untuk kita mempamerkan akhlak terbaik dalam dakwah dan kepimpinan. Alhamdulillah.

Penulis adalah Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah Melaka