Home Berita PAS Perlis

ADUN Ziarah Mangsa Kebakaran Ragut Nyawa

543
SHARE

 

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim pagi ini telah meluangkan masa menziarahi mangsa kebakaran di Kampung Chantek Bangun dekat sini.

Turut hadir bersama beliau ialah Pengerusi JKKK Kampung Chantek Bangun Razi Hamid serta wakil daripada Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs).

Kebakaran yang berlaku sekitar jam 5.30 pagi tadi itu turut meragut satu nyawa selain memusnahkan kediaman berkenaan.

 

Ustaz Mohd. Ridzuan yang ditemui berkata, beliau turut menghulurkan sumbangan awal kepada mangsa kebakaran tersebut.

“Saya juga merakamkan ucapan takziah kepada Puan Saodah Adam dan seluruh ahli keluarga atas musibah yang menimpa mereka,” katanya.