Home Berita PAS Melaka

Bekerja untuk pilihan raya, tidak kira siapa bertanding – Bahiki

430
SHARE

Oleh: Zul Sham Mahat

MASJID TANAH, 27 Dis : “Kita mesti bekerja untuk pilihan raya ini. Tidak kira siapa pun yang bertanding. Yang penting PN (Perikatan Nasional) dan MN (Muafakat Nasional) menang dalam PRU akan datang.

“Insya-Allah usaha dan kerja buat kita ini akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT kerana kita berada dalam konteks memperkukuhkan lagi Agama Allah.”

Demikian dinyatakan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS (JPrN) Negeri Melaka, Bahiki Ismail ketika berucap melancarkan Jentera Pilihan Raya Dun (JPrD) Kuala Linggi, di PASTI An-Nur, di sini, petang semalam.

Beliau juga berharap dengan pelancaran jentera pilihan raya peringkat Dun Kuala Linggi ini bakal memberi suntikan semangat untuk petugas PAS untuk bekerja lebih kuat lagi dalam menghadapi PRU 15 akan datang.

Program ini turut dihadiri oleh Yang Di Pertua PAS Kaw Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman, Pengarah JPrD Kuala Linggi, Ustaz Azmi Sambul selain Ahli Dewan Harian PAS Kawasan Masjid Tanah dan pimpinan PAS tempatan.