Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Anak Melayu pertama mendapat sijil memandu kapal terbang

560
SHARE

 

24 DISEMBER 1938 – SABTU

PADA hari ini dalam tahun 1938, Mohamad Hamzah, menjadi anak Melayu pertama berjaya memperolehi sijil memandu kapal terbang dalam usia 26 tahun.

Mohamad Hamzah yang dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1912, berkhidmat dengan Kelab Penerbangan Pulau Pinang sebagai pembantu setelah tamat persekolahannya.

Kecekapan dan khidmat cemerlang Mohamad Hamzah, mendapat perhatian daripada Presiden Kelab, E.Newbold dan Timbalannya, Nickson yang kemudiannya membenarkan beliau berlatih memandu kapal terbang. Beliau ditauliahkan sebagai juruterbang di Negeri-negeri Selat setelah tamat latihan selama sebulan.

Pada tahun 1938, beliau mendapat sijil memandu kapal terbang yang membolehkan beliau memandu kapal terbang selama dua jam sebulan. Jenis-jenis kapal terbang yang pernah dipandunya ialah Tiger Moth, Gypsy Major, Avero Cadet dan Chipmunk.

Kejayaan Mohamad Hamzah ini menyuntik semangat ingin berjaya dalam diri anak-anak Melayu yang lain ketika itu.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

Gambar hiasan (Kredit foto : Google)