Home Artikel PAS Wilayah

Muslimat PAS Wilayah, Srikandi Bersatu ganding bahu santuni warga kota

397
SHARE

Oleh : Dhiya’ Muttmainnah
24 Disember 2020

KUALA LUMPUR : Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP) dan Srikandi Bersatu Wilayah Persekutuan telah bekerjasama dalam menjayakan program edaran pelitup muka dan sanitiser percuma kepada masyarakat setempat di beberapa lokasi di Wilayah Persekutuan baru-baru ini.

Pimpinan dan ahli muslimat PAS Wilayah Persekutuan yang terlibat adalah dari parlimen Bandar Tun Razak, Batu, Lembah Pantai, Putrajaya, Segambut, Seputeh, Setiawangsa, Titiwangsa dan Wangsa Maju.

Setiap parlimen telah dibekalkan dengan 200 set pelitup muka dan sanitiser untuk diedarkan kepada masyarakat setempat di pasar-pasar utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya seperti Pasar Pagi Taman Bamboo, Pasar Sri Petaling, Pasar Sentul, Pasar Pagi Dato’ Keramat, Pasar Taman Melati, Pasar Sungai Besi, Pasar Taman Melati, Pasar Awam Presint 8, Pasaraya Rosham Mart Dan Pasar Tani Setiawangsa.

Kerjasama antara DMPWP dan Srikandi Bersatu ini telah memberi peluang kepada kedua-dua parti untuk menyantuni lebih ramai warga kota di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Lanjutan dari aktiviti ini, kedua-dua parti juga akan berganding bahu dalam program sumbangan minyak motor percuma kepada para penduduk setempat di semua parlimen di Wilayah Persekutuan pada 26 Disember ini.

Para pimpinan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan mengakui bahawa kerjasama antara PAS dan rakan-rakan dari Perikatan Nasional serta Muafakat Nasional mesti dipergiatkan lagi dari semasa ke semasa bagi menjamin perpaduan rakyat Malaysia dan kesejahteraan penduduk Wilayah Persekutuan khususnya.