Home Artikel PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Penubuhan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

371
SHARE

24 DISEMBER 1915 – JUMAAT

PADA hari ini dalam tahun 1915, sebuah Majlis Agama yang dikenali dengan nama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah ditubuhkan dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Kelantan, Sultan Mahmud IV.

Majlis Agama Islam ini merupakan Majlis Agama yang pertama sekali ia ditubuhkan di seluruh Kepulauan Melayu. Badan ini bebas daripada campurtangan Inggeris serta mempunyai Perlembagaannya tersendiri dan tanggungjawabnya meliputi bidang berikut:-

• Zakat Padi
• Zakat Fitrah
• Baitulmal
• Tanah Wakaf
• Tanah Perkuburan Orang Islam dan lain-lain.

Pada peringkat awal penubuhannya, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan hanya dianggotai oleh 13 orang Anggota Majlis termasuklah jawatan seorang Yang Dipertua dan seorang Setiausaha.

Peranan utama majlis ini ialah mengendalikan beberapa buah sekolah, termasuk Madrasah Muhamadiyah Al Kelantaniah dan beberapa buah sekolah Agama Rakyat yang lain.

Sesungguhnya pembukaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah banyak membawa beberapa perkembangan dan perubahan penting di Negeri Kelantan.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

Bangunan asal MAIK. Kredit foto : Wikiwand
Logo pertama MAIK. Kredit foto : Wikiwand