Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka :124 kes positif baharu di Jasin

685
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 23 Dis : 124 kes baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini, semuanya dikesan di Daerah Jasin, seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Berikut adalah perincian kes :

DAERAH JASIN

Mukim Jasin
▪︎123 kes jangkitan tempatan
▪︎Kes daripada saringan kontak rapat kes positif Pusat Koreksional Jasin
▪︎Kluster Jalan Harapan

Mukim Jasin
▪︎1 kes jangkitan (Import B)
▪︎Kes saringan kontak rapat kes
Positif (Gombak, Selangor )
▪︎ 73 Tahun

Sebanyak 409 kes masih dirawat di Hospital Melaka, PKRC Penjara Sungai Udang dan PKRC MAEPS Serdang, dengan satu kes ICU, sementara dua belas kes sembuh baharu direkodkan untuk hari ini, kata laporan itu lagi.

Laporan itu juga menyatakan mukim Jasin (234 kes) masih dikategorikan sebagai zon merah, Machap (35 kes) pula kekal zon Jingga, sementara tujuh mukim lagi dikategorikan sebagai zon kuning hari ini iaitu mukim Klemak (1 kes), Sungai Baru Ulu (2 kes), Batu Berendam (1 kes), Bertam (1 kes), Cheng (1 kes), Kandang (3 kes) dan Sebatu (2 kes).

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 1348 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 535 kes dan diikuti oleh Kuala Lumpur yang mencatatkan 226 kes.

Laporan itu juga menyatakan hanya Perlis tidak merekodkan kes baharu hari ini, selain itu, semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu.