Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 1 kes positif baharu

469
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 20 Dis : Satu kes baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Mengikut laporan itu, satu kes itu dikesan di mukim Kelemak, Daerah Alor Gajah daripada kes jangkitan tempatan saringan bergejala berumur 35 tahun.

Sebanyak 290 kes masih dirawat di Hospital Melaka, dengan satu kes ICU, sementara tiada kes sembuh baharu dilaporkan untuk hari ini, kata laporan itu lagi.

Laporan itu juga menyatakan mukim Jasin (107 kes) masih dikategorikan sebagai zon merah, Machap (30 kes) kekal zon Jingga, sementara tujuh mukim lagi dikategorikan sebagai zon kuning hari ini iaitu mukim Kelemak (1 kes), Sungai Baru Ulu (2 kes), Batu Berendam (1 kes), Cheng (1 kes), Kandang (4 kes), Tanjung Minyak (1 kes), dan Sebatu (2 kes).

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 1340 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 441 kes dan diikuti oleh Kuala Lumpur yang mencatatkan 284 kes.

Laporan itu juga menyatakan hanya Perlis tidak merekodkan kes baharu hari ini, selain itu, semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu.