Home Berita PAS Melaka

Anak PASTI sambungan rantaian dakwah – YDP PAS Alor Gajah

853
SHARE

Oleh : Al-Ansari

ALOR GAJAH, 18 Dis : “Anak-anak pelajar PASTI merupakan aset yang akan menyambung rantaian dakwah suatu hari nanti apabila daripada kecil lagi sudah mendapat pendidikan Islam di PASTI dengan baik.

“Bekalan ilmu ini akan menjadi panduan apabila meningkat dewasa dan kita para ibu bapa seharusnya terus membimbing anak-anak terutama dalam pembentukan sahsiah mereka”.

Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin berkata demikian kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) ketika merasmikan Majlis Konvokesyen PASTI Al-Imran dan PASTI Al-Ansari di Dun Rembia semalam.

Majlis konvokesyen pada kali ini dilaksanakan dengan konsep drive-thru bagi mengelakkan perkumpulan ramai dan menjaga SOP dengan lebih baik.

Seramai 24 pelajar diraikan dalam majlis tersebut dengan penyerahan sijil keputusan peperiksaan akhir tahun dan cenderahati kepada setiap pelajar.

Setiap keluarga mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan bersama empat orang guru PASTI sebelum pulang.

Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi PASTI Kawasan Alor Gajah, Mohd Afif Che Roselam dan Setiausaha PAS Kawasan Alor Gajah, Syahmi Satar.