Home Berita PAS Melaka

Wanita muda sasaran dakwah Dewan Muslimat PAS Melaka – Aziah

487
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 18 Dis : Wanita muda perlu diberi keutamaan dalam sasaran dakwah bagi membangunkan hati dan jiwa untuk mencintai agama dan negara, kata Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM), Aziah Md Saad.

Menurut Aziah, ini adalah kerana wanita muda merupakan pelapis bagi pemimpin pada masa hadapan.

“Wanita sebagai seorang anak, isteri, ibu dan ahli masyarakat dipertanggungjawabkan pada posisi kedudukan mereka,” ujar Aziah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Wartawan Rakyat Melaka (WARM) di dalam program turun padang anjuran Dewan Muslimat PAS Melaka bagi menyantuni wanita muda.

Program yang berlangsung pada 16 Disember lepas itu dijalankan di dua lokasi iaitu di Dun Ayer Limau, Parlimen Masjid Tanah melibatkan dua buah rumah sementara di Dun Durian Tunggal, Parlimen Alor Gajah pula melibatkan tiga buah rumah.

Selain beramah mesra dan mendapatkan maklum balas berkaitan kebajikan mereka rombongan ini juga turut menyampaikan sumbangan barang keperluan asas, barang keperluan bayi, kek dan risalah berkaitan aurat.

Turut hadir di dalam program ini ialah Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPNM, Anida Haron, AJK DMPNM yang juga AJK Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Alor Gajah, Rozita Mohd Saad, Penyelaras Dewan Muslimat PAS Dun Ayer Limau, Zainon Abdul Rahman dan beberapa orang aktivis Dewan Muslimat PAS tempatan.