Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 14 kes positif baharu!

938
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 16 Dis : Empat belas kes positif baharu dikesan di seluruh Negeri Melaka hari ini seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Mengikut laporan tersebut, daripada 14 kes itu tiga kes dikesan di Mukim Jasin (Daerah Jasin) daripada Kluster Jalan Harapan, saringan Pusat Koreksional Jasin, jangkitan tempatan berumur 34, 49 dan 52 tahun.

Tambah laporan itu, sepuluh kes lagi juga dikesan di Mukim Jasin (Daerah Jasin) daripada Kluster Jalan Harapan, saringan Pusat Koreksional Jasin, tetapi daripada kes jangkitan import B, berumur 26, 33, 35, 36, 38, 38, 43, 45, 50 dan 51 tahun.

Laporan itu juga menyatakan satu kes lagi dikesan di Mukim Klebang Kechil (Daerah Melaka Tengah) daripada kes saringan kontak rapat positif import B (Negeri Johor) berumur 29 tahun.

Tambah laporan itu lagi sebanyak 65 kes masih dirawat di Hospital Melaka, dan tiada kes ICU di samping terdapat lima kes sembuh baharu dilaporkan untuk hari ini.

Laporan itu juga menyatakan sepuluh mukim dikategorikan sebagai zon kuning hari ini iaitu Mukim Machap (2 kes), Sungai Baru Ulu (1 kes), Batu Berendam (1 kes), Bukit Piatu (3 kes), Kandang (4 kes), Klebang Kechil (1 kes), Tanjung Minyak (5 kes), Jasin (8 kes), Sebatu (2 kes) dan Selandar (1 kes).

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 1295 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 481 kes dan diikuti oleh Sabah yang mencatatkan 268 kes.

Laporan itu juga menyatakan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini kecuali Perlis dan Sarawak.