Home Dewan Ulamak PAS Pusat

Pemergian Ungku Aziz : Jasa Beliau Terus Diingati

517
SHARE

KENYATAAN MEDIA
Dewan Ulamak PAS Pusat

1 JUMADIL ULA 1442  l  16 DISEMBER 2020

PEMERGIAN UNGKU AZIZ : JASA BELIAU TERUS DIINGATI

1. Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham Prosefor Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid atas pemergian allahyarham semalam pada usia 98 tahun.

2. Pemergian allahyarham pastinya dikenang oleh negara dan ummah atas gagasan idea dan jasa allahyarham yang banyak berbakti bagi melonjakkan kewangan Islam di Malaysia serta membantu ekonomi persediaan bakal Haji menerusi penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji dan juga penubuhan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

3. Allahyarham juga merupakan tokoh akademik negara dan satu-satunya individu yang terpilih dalam menyandang gelaran Profesor Diraja yang merupakan gelaran tertinggi yang hanya dianugerahkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Allahyarham merupakan satu dalam sejuta dan pastinya pemergiannya merupakan kehilangan yang besar buat negra dan ummah.

4. Allahyarham juga merupakan anak watan pertama dilantik menjadi Naib Canselor Universiti Malaya (UM) dan memegang jawatan itu paling lama iaitu selama 20 tahun sejak 1968. Jasa allahyarham semasa menyandang Naib Canselor antaranya adalah menubuhkan Pusat Asasi Sains yang telah menyaksikan kelahiran ramai doktor, jurutera dan profesional dalam kalangan anak tempatan.

5. DUPP mendoakan agar allahyarham di tempat di kalangan orang yang soleh dan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah dan pahala berpanjangan atas bakti yang dicurahkan memberikan manfaat yang berterusan kepada negara dan ummah khususnya di Malaysia.

إِنَّا لِلهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ، اللهم اكْتُبْهُ عِنْدَكَ فِي المُحْسِنِيْنَ، وَاجْعَلْ كِتَابَه فِي عِلِّيِّيْنَ، وَاخْلُفْهُ فِي أَهْلِهِ فِي الغَابِرِيْنَ، وَلاَتَحْرِمنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ

Sekian.

Ulamak Perteguh Muafakat
Islam Memperkukuh Perpaduan

YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh)