Home Berita PAS Melaka

Koperasi Ummah KSB Berhad anjur uptown bantu peniaga-peniaga kecil bumiputera.

661
SHARE

 

Oleh : Zul Sham Mahat

MASJID TANAH, 13 Dis : Koperasi Ummah KSB Berhad telah menjalankan perniagaan secara ‘uptown’ di perkarangan Kompleks Japerun DUN Kuala Linggi bermula pada 11 dan 12 Disember baru-baru ini.

Adun Kuala Linggi, YB Datuk Wira AR Ismail dalam ucapan perasmiannya menyebut antara tujuan utama koperasi ini ditubuhkan adalah untuk membantu peniaga kecil setempat menjalankan perniagaan dan uptown adalah salah satu daripadanya.

Sementara itu, Setiausaha Koperasi Ustaz Nordin Abu Hassan pula berkata tapak perniagaan ini akan ditambah lagi daripada 30 tapak kepada 50 tapak perniagaan memandangkan sambutan yang menggalakan dari para peniaga.

Sementara itu ramai peniaga yang ditemuramah Wartawan Rakyat Melaka ketika program ini berpuas hati dengan pihak penganjur.

Salah seorang dari mereka ialah Zaimi Mokhtar, 51, yang mengusahakan perniagaan coklat buatan sendiri turut menyatakan rasa syukur dengan penganjuran uptown ini.

“Ini adalah peluang yang baik bagi saya memperkenalkan produk coklat buatan orang Islam kerana sebelum ini perniagaan saya hanya berlegar dikalangan yang mengenali saya sahaja” ujar beliau.

Antara produk tempatan yang ada ialah seperti inang-inang, tempeyek, pisang salai dan yang seumpamanya.

Uptown ini akan dijalankan secara berkala pada setiap minggu pada hari Jumaat dan Sabtu dari jam 7 petang sehingga lewat 12 tengah malam.