Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 3 kes positif baharu hari ini

469
SHARE

 

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 6 Dis : Tiga kes baharu Covid-19 dikesan di Negeri Melaka hari ini seperti yang dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dalam satu hantaran di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu ketiga-tiga kes itu dikesan di Mukim Bukit Piatu daripada kes jangkitan tempatan saringan kontak rapat keluarga, kes import B (Selangor) berumur lapan bulan, 26 dan 60 tahun.

Tambah laporan itu lagi 16 kes positif masih dirawat di Hospital Melaka hari ini.

Laporan itu juga menyatakan dua mukim kembali hijau iaitu Mukim Ayer Panas dan Belimbing sementara enam mukim masih dikategorikan sebagai zon kuning hari ini iaitu mukim Masjid Tanah (2 kes), Sungai Baru Ulu (1 kes), Bukit Piatu (3 kes) Tanjung Minyak (4), Klebang Kechil (1 kes), dan Selandar (1 kes).

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 1335 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 337 kes diikuti oleh Negeri Sembilan yang mencatatkan 258 kes.

Laporan itu juga menyebut semua negeri atau wilayah merekodkan kes baharu hari ini kecuali Sarawak, Putrajaya dan Perlis.