Home Berita PAS Melaka

PAS teguh pendirian, pertahan PN, kukuhkan MN

524
SHARE

Oleh : Al-Ansari

ALOR GAJAH, 6 Dis : “PAS sentiasa konsisten dalam prinsip mempertahankan Perikatan Nasional (PN) dan perkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dan tidak pernah berbolak balik terutama di peringkat pimpinan parti.

“Apa yang penting dengan prinsip ini, parti-parti dominan Melayu mampu membina kesepakatan yang kukuh dan seterusnya mampu memartabatkan syiar Islam di Malaysia”.

Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin berkata demikian kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) selepas meluangkan masa hadir di Program Sumbangan Prihatin di Dun Asahan semalam yang dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Dalam program anjuran Perikatan Nasional (PN) Alor Gajah itu Redzuan yang juga merupakan Ahli Parlimen Alor Gajah, bersama dengan Ustaz Syahbudin telah mengedarkan baucar minyak motosikal percuma dan kit makanan asnaf dan warga emas di sekitar Medan Selera Selandar yang melibatkan ratusan penerima.

Rata-rata penerima ketika sesi wawancara terutamanya anak muda mengucapkan terima kasih atas pelaksanaan program ini dan menyokong supaya Perikatan Nasional terus dipertahankan.

Program turut dihadiri oleh Setiausaha PAS Kawasan Alor Gajah, Syahmi Satar dan beberapa Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah.