Home Berita PAS Melaka

Ziarah Kasih : Rezeki yang ada dikongsi bersama- Anida Haron

418
SHARE

Oleh : Ibnatdeen

TANGGA BATU, 6 Dis – Rezeki yang ada ini, perlu dikongsi bersama dengan mereka yang memerlukan, kata Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Melaka, Anida Haron.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Wartawan Rakyat Melaka (WARM) dalam siri Ziarah Kasih di sekitar Parlimen Tangga Batu semalam.

Program ‘Ziarah Kasih’ ini merupakan program kolabrasi bersama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Negeri Melaka bersama LKK Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka.

Rombongan yang diketuai oleh Ketua LKK PAS Negeri Melaka, Mohsin Ibrahim ini telah berkunjung ke sepuluh buah rumah di sekitar Parlimen Tangga Batu

Antara rumah yang menerima kunjungan ziarah prihatin kali ini adalah golongan orang kelainan upaya (OKU) warga emas dan golongan yang terjejas pendapatan.

“Kesemua golongan OKU yang diziarahi semalam, masing-masing tidak mampu berdikari dan memerlukan bantuan untuk menguruskan diri,” tambah Anida lagi.

Selain itu, terdapat beberapa golongan yang diziarahi semalam daripada golongan miskin serta pesakit yang menghidapi penyakit kronik seperti kanser dan penyakit saraf.

Tambah Anida, walaupun sumbangan yang diberi tidak dapat membantu sepenuhnya, tetapi keprihatinan yang ditunjukkan sedikit sebanyak menggembirakan mereka.

“Melalui ziarah kasih hari ini, ziarah susulan perlu dibuat oleh entiti-entiti PAS seperti Ameerah dan Jabatan Amal bagi membantu beberapa keperluan kebajikan mereka,” katanya.

Ziarah yang bermula jam 10 pagi semalam, berakhir pada jam 3.30 petang telah dibantu oleh Ketua LKK PAS Kawasan Tangga Batu Izahari Ismail, wakil- wakil MTD ,wakil Guru PASTI dan Ameerah Kawasan.