Home Berita PAS Melaka

Kurikulum hafazan jadikan PASTI pra-sekolah pilihan – Ustaz Imran

528
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 5 Dis : Program hafazan yang ada dalam kurikulum PASTI selain akademik menjadikan tadika ini pilihan ibu bapa, kata Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman.

Menurut Ustaz Imran ini dapat dilihat dengan pertambahan pendaftaran pelajar-pelajar baharu setiap tahun di samping pembukaan beberapa PASTI baharu bagi menampung pertambahan pelajar.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan ibu bapa kepada PASTI selama ini. Terutama PASTI Ar-Rahman.

“Ada yang terus menghantar anak-anak yang seterusnya ke sini, daripada abang, kakak, hingga adik-adik menunjukkan ibu bapa percaya kepada sistem PASTI ini,” ujar Ustaz Imran.

Selain itu, beliau juga berharap agar anak-anak murid PASTI yang telah menamatkan pengajian agar terus berhubung dengan PASTI tempat mereka pernah belajar dalam meneruskan agenda membina generasi Al Quran.

“Datanglah berjumpa dengan cikgu-cikgu yang pernah mengajar dahulu. Kita pun nak tahu perkembangan anak-anak didik yang pernah kita asuh ini. Nak tengok hasil didikan kita,” ujar beliau lagi.

Ustaz Imran yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah itu berkata demikian ketika merasmikan Hari Graduasi Cilik dan Penyampaian Hadiah PASTI Pra-Tahfiz Ar Rahman (PPTAR) di Kompleks Falaks Khawarizmi di Tanjung Bidara di sini pagi tadi.

Program graduasi yang berlangsung dengan pematuhan SOP dan norma baharu ini berlangsung dalam dua sidang iaitu Sidang-1 untuk murid enam tahun dari pukul 8.30 hingga 9.45 pagi sementara Sidang-2 pula untuk murid empat dan lima tahun yang bermula dari pukul 10 hingga 11 pagi.

Wartawan Rakyat Melaka (WARM)

PERTAHAN DAN PERKUKUH PERIKATAN NASIONAL