Home Berita PAS Melaka

Pemuda PN Melaka keluar kenyataan bersama

1502
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 5 Dis : Pemuda Perikatan Nasional (PN) Melaka telah mengeluarkan satu kenyataan bersama hasil daripada mesyuarat sulungnya di Hotel Bendahara Melaka malam semalam, kata satu hantaran di Facebook Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka sebentar tadi.

“Mesyuarat sulung Pemuda Perikatan Nasional Negeri Melaka yang telah diadakan pada 4 Disember 2020 di Hotel Bendahara Melaka berlangsung dengan penuh tautan ukhuwah dan mahabbah.

“Hasil mesyuarat telah sebulat suara untuk membuat beberapa ketetapan seperti berikut:

“Pertama: Mendukung Kerajaan Perikatan Nasional yang sah secara tegas di bawah pentadbiran YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia.

“Kedua: Menubuhkan Sekretariat Sementara Pemuda Perikatan Nasional Peringkat Negeri Melaka.

“Ketiga: Melaksanakan perkampungan halatuju Pemuda Perikatan Nasional Melaka ‘Retreat’ dalam masa terdekat.

“Keempat: Menggerakkan kedua-dua sayap parti pemuda PAS dan ARMADA untuk mempromosikan Perikatan Nasional setiap parlimen di Melaka.

“Kelima: Merancakkan aktiviti bersama untuk keterikatan pemuda Perikatan Nasional Melaka daripada semasa ke semasa.

“Keenam: Mengoptimumkan program-program mendekatkan anak muda ke arah Perikatan Nasional.

“Ketujuh: Memperkasakan organisasi Pemuda Perikatan Nasional secara lebih tersusun.

“Kelapan: Merangka serta mendasari halatuju Pemuda Perikatan Nasional secara menyeluruh.

“Kesembilan: Mewujudkan sinergi kekuatan kedua-dua sayap Pemuda PAS dan ARMADA secara konsisten,” kata hantaran itu.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Ahmad Bilal Rahuddin dan Ketua Armada Melaka, Muhammad Afiq Nazmi Azharin.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)

PERTAHAN DAN PERKUKUHKAN PERIKATAN NASIONAL (PN)