Home Berita PAS Melaka

Warga emas terharu terima sumbangan kerusi roda

553
SHARE

Oleh : Ibnu Thabit

ALOR GAJAH, 4 Dis : Seorang warga emas terharu apabila menerima sebuah kerusi roda daripada individu bermurah hati yang diserahkan melalui Jabatan Pilihan Raya Dun (JPrD) PAS Rembia pada petang semalam.

Penerima kerusi roda, Sapiah Bujang, 71 menetap di Kampung Sungai Petai melahirkan rasa syukur kerana dengan adanya kerusi roda ini dia dapat melakukan pergerakan di dalam rumah dan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Alor Gajah.

“Syukur dan berterima kasih sangat-sangat sebab beri kerusi roda ini dan mudah untuk saya ke hospital akan datang,” katanya.

Kerusi roda berkenaan telah diserahkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin.

Ziarah ini turut disertai oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Alor Gajah, Rosela Alwi, Pengarah JPrD PAS Rembia, Ustaz Muhammad Hatin Mohd Yusof dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa JPRD PAS Dun Rembia.

Wartawan Rakyat Melaka (WARM)

BERSAMA PERKUKUH DAN PERTAHANKAN PERIKATAN NASIONAL