Home Berita PAS Wilayah

Kerjasama Pihak Berkuasa Dan MPP Selesai Masalah Penduduk

407
SHARE

Oleh : Tia Razali
3 Disember 2020

Penguatkuasa DBKL dan JPS WP

BATU : Pertemuan antara Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Batu Sub Zon 2, Haji Abu Bakar Abdul Rahman dengan Persatuan Penduduk Kampung Chubadak Hilir bagi membincangkan status semasa usaha membaikpulih keadaan longkang di sekitar kawasan Kampung Chubadak Hilir telah diadakan, kelmarin.

Pertemuan di Dewan Persatuan Penduduk Kampung Chubadak Hilir ini adalah susulan dari perbincangan berkaitan isu yang sama pada 28 November yang lalu.

Hasil dari siri perbincangan tersebut, aduan telah dipanjangkan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di mana tindakan susulan telah diambil dengan sewajarnya.

Selain itu, tinjauan telah dijalankan di tapak membancuh konkrit di Lot 5744 Jalan Sentul, Kampung Chubadak yang dikatakan telah menyebabkan longkang tersumbat ekoran penyaluran konkrit yang tidak dirancang dengan baik.

Masalah ini juga telah menyebabkan pembiakan nyamuk aedes di lokasi tersebut.

Melalui kerjasama dengan Jabatan Penguatkuasaan (JPK) dan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) tapak yang digunakan untuk membancuh konkrit oleh Evermix Concrete Sdn Bhd itu telah ditutup.

Beberapa notis kompaun antaranya di bawah Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975 turut dikeluarkan atas kesalahan terbabit.

Hadir sama dalam pertemuan ini adalah wakil dari Alam Flora, Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Chubadak Hilir dan ahli jawatankuasa MPP Batu Sub Zon 2.