Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 1 kes positif baharu

303
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 2 Dis : Satu kes baharu Covid-19 dikesan di Negeri Melaka hari ini seperti yang dilaporkan Jabatan Kesihatan Melaka dalam satu hantaran di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu satu kes itu dikesan di Mukim Tanjung Minyak Daerah Melaka Tengah daripada kes jangkitan Import B kes saringan bergejala dari kawasan berisiko (Negeri Selangor) berumur 30 tahun.

Tambah laporan itu lagi lapan kes aktif masih dirawat di Hospital Melaka termasuk satu kes ICU selain dua kes dilaporkan sembuh hari ini.

Laporan itu juga menyatakan tujuh mukim dikategorikan sebagai zon kuning hari ini iaitu mukim Belimbing (1 kes), Masjid Tanah (2 kes), Sungai Baru Ulu (1 kes), Bachang (1 kes), Balai Panjang (1 kes), Batu Berendam (1 kes) dan Ayer Panas (3 kes).

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 851 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor masih mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 249 kes diikuti oleh Sabah yang mencatatkan 229 kes.

Laporan itu juga menyebut sebanyak lima negeri atau wilayah tidak merekodkan sebarang kes baharu hari ini iaitu Putrajaya, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Perlis.



 

Wartawan Rakyat Melaka (WARM)