Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka : Tiada kes baharu

332
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 1 Dis : Tiada kes baharu Covid-19 dikesan di Negeri Melaka hari ini seperti yang dilapor Jabatan Kesihatan Melaka dalam satu hantaran di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Tambah laporan itu lagi tiada kes sembuh baharu dilaporkan hari ni sementara sembilan kes positif masih dirawat di Hospital Melaka termasuk satu kes ICU.

Laporan itu juga menyatakan lapan mukim dikategorikan sebagai zon kuning hari ini iaitu mukim Belimbing (1 kes), Masjid Tanah (2 kes), Sungai Baru Ulu (1 kes), Bachang (1 kes), Balai Panjang (2 kes), Batu Berendam (3 kes), Ayer Panas (3 kes) dan Rim (2 kes).

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 1472 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor masih mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 891 kes diikuti oleh Sabah yang mencatatkan 267 kes.

Laporan itu juga menyebut sebanyak enam negeri atau wilayah tidak merekodkan sebarang kes baharu hari ini iaitu Putrajaya, Melaka, Pahang, Terengganu, Labuan dan Perlis.



Wartawan Rakyat Melaka (WARM)