Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka : Satu kes lagi hari ini

416
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 29 Nov : Satu lagi kes baharu Covid-19 dikesan di Negeri Melaka seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Kesihatan Melaka di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu satu kes itu dikesan di Mukim Sungai Baru Ulu, Daerah Alor Gajah, daripada kategori kes jangkitan tempatan, saringan kemasukan Pusat Koreksional Jasin, berumur 23 tahun.

Tambah laporan itu lagi empat kes telah sembuh manakala 13 kes lagi masih dirawat di Hospital Melaka dengan satu daripadanya adalah kes ICU.

Laporan itu juga menyatakan lapan mukim dikategorikan sebagai zon kuning hari ini iaitu mukim Belimbing (1 kes), Masjid Tanah (2 kes), Sungai Baru Ulu (1 kes), Bachang (1 kes), Balai Panjang (2 kes), Batu Berendam (4 kes), Ayer Panas (3 kes) dan Rim (3 kes).

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 1309 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Kuala Lumpur buat kali pertama mencatat kes tertinggi hari ini iaitu sebanyak 493 kes diikuti oleh Sabah yang mencatatkan 290 kes.

Laporan itu juga menyebut semua negeri atau wilayah merekodkan kes baharu hari ini kecuali Putrajaya, Sarawak dan Perlis.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)