Home Artikel PAS Sabah

Sentuhan kasih Kinabatangan mencapai objektif

374
SHARE

Oleh : Mohd Fikril
29 November 2020

KINABATANGAN : PAS Kawasan Kinabatangan dengan kerjasama pihak NGO Sabah Relief telah menganjurkan Program Sentuhan Kasih Kinabatangan, dekat sini pagi tadi.

Program yang diadakan ini bertujuan membantu masyarakat sekitar yang terjejas teruk akibat arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Anjuran julung kali yang dirasmikan oleh YB Dr. Aliakbar Gulasan, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah yang dilantik daripada PAS ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua golongan lapisan masyarakat tidak kira berbeza agama dan juga berbeza parti.

Beliau menegaskan, dalam keadaan rakyat berhadapan wabak pandemik covid-19 dan terjejas pendapatan sekarang, mereka lebih memerlukan barang keperluan di dapur bagi mengisi perut yang lapar.

“Program sentuhan kasih ini bersikap adil kepada semua tanpa mengira siapa mereka undi dulu, apa warna benda parti mereka. Apabila kita menjadi kerajaan, semua rakyat kita perlu bantu”.

“Dalam ajaran Islam itu adil kepada semua. Kerana setiap dari kita adalah pemimpin dan akan disoal apa yang dipimpin. Sebab itu menjadi ketua bukan satu rebutan”. Tambahnya lagi.

Dalam program itu beliau telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Geran Lajnah Asas Tani PAS Kinabatangan kepada para penggiat Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Selain itu, beliau juga menyampaikan pelitup separuh muka dan pensanitasi tangan kepada masjid-masjid berhampiran.

Terdahulu, beliau sempat menyampaikan 50 bakul makanan kepada penduduk di Kg. Nusa Jaya dan menziarahi sambil menyampaikan sumbangan kepada balu daripada keluarga yang suaminya menjadi mangsa baham buaya.

Turut hadir bersama ialah Tuan Innah Tuton Yang Dipertua PAS Kinabatangan, Abu Bakar Gapari Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN N. 58 Lamag, Rohaizan Ismail Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) DUN N. 58 Lamag, kepemimpinan JPKK dan ketua-ketua kampung, imam-imam masjid serta pekebun-pekebun kecil koko.