Home Berita PAS Melaka

PN DUN Kuala Linggi turun padang menyantuni masyarakat

803
SHARE

Oleh : Zul Sham Mahat

MASJID TANAH, 29 Nov : Perikatan Nasional (PN) DUN Kuala Linggi telah turun padang menyantuni pengundi dan asnaf dalam DUN ini, di sini, pagi tadi.

Di samping ziarah, bantuan turut dihulur berupa ‘barangan dapur’ bagi meringankan beban rakyat di kala pandemik Covid-19 sedang melanda negara.

Sementara itu AJK Jabatan Pilihan Raya DUN (JPrD) PAS Kuala Linggi, Saril Ahmad yang turut serta dalam rombongan ini berpendapat kerja sama antara parti dalam Perikatan Nasional perlu diperkuat dan diperkukuhkan selaras dengan arahan PAS Pusat dari semasa ke semasa.

“Semoga Perikatan Nasional Kuala Linggi akan terus kehadapan bagi memastikan berada dalam keadaan yang selesa dan terus menguasai Parlimen Masjid Tanah pada PRU 15 nanti,” ujar beliau.

Antara yang turut serta dalam program ini ialah Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Cikgu Arshad Md Som, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah, Aziah Saad, Pengerusi JPrD PAS Kuala Linggi, Ustaz Azmi Sambul sementara daripada Bersatu diketuai oleh Penyelaras Bersatu DUN Kuala Linggi, Atan Mohd bersama ahli-ahli jawatankuasa beliau.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)