Home Artikel PAS Sabah

ADUN PAS Sabah terus bekerja

558
SHARE

Jika minggu lalu YB Dr. Aliakbar Gulasan, ADUN PAS Sabah ke Keningau, Tambunan dan Tenom, hujung minggu ini pula meneruskan misi yang sama di Sandakan. Beliau yang membawa pelbagai keperluan kebajikan dengan misi ‘dapur dan perut’ ke Sandakan jelas memecahkan tembok rintihan kesusahan masyarakat di kawasan berkenaan di ambang pandemik COVID-19.

Secara peribadi, saya merakamkan syabas dan tahniah kepada beliau kerana tidak putus-putus membantu golongan masyarakat yang terjejas merentasi agama, bangsa dan budaya di seluruh negeri Sabah. Perkara ini selari dengan kenyataan beliau yang menegaskan PAS adalah parti inklusif’.

Sehubungan dengan itu, Kehadiran YB Dr. Aliakbar Gulasan, ADUN PAS Sabah ke Sandakan membuka sinar baharu kepada masyarakat bukan Islam. Hubungan lama yang terjalin di antara PAS dengan masyarakat bukan Islam terus menunjukkan perkembangan yang positif. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas apabila beliau berkesempatan melawat Tokong Tian Fatt Vui Lin serta menerima borang keahlian Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) daripada Mr. Yap Shu Yin, Pengerusi Pengurusan Tokong Tian Fatt Vui Lin.

Justeru itu, selaku Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Sabah, saya terus menyokong gerak kerja Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang sentiasa prihatin kepada semua lapisan masyarakat.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas,
Satail Majungkat
Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS
(DHPP) Sabah