Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 1 kes positif baharu hari ini

328
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 28 Nov : Satu kes baharu Covid-19 direkodkan di Melaka hari ini selepas dua hari berturut-turut tidak merekodkan kes baharu.

Demikian dinyatakan Jabatan Kesihatan Melaka dalam satu hantaran di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu kes tersebut dikesan di Mukim Bandar Melaka, Daerah Melaka Tengah daripada kes jangkitan import B kes saringan kesihatan sejarah perjalanan di kawasan berisiko tinggi, berumur 38 tahun.

Tambah laporan itu lagi tiga kes sembuh baharu direkodkan hari ini sementara 16 kes positif masih dirawat di Hospital Melaka hari ini termasuk satu kes ICU.

Laporan itu juga menyatakan lapan mukim dikategorikan sebagai zon kuning hari ini iaitu mukim Belimbing (1 kes), Masjid Tanah (2 kes), Bachang (1 kes), Balai Panjang (2 kes), Batu Berendam (4 kes), Bukit Katil (1 kes), Ayer Panas (3 kes) dan Rim (3 kes).

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 1315 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Sabah mencatat kes tertinggi hari ini iaitu sebanyak 476 kes diikuti oleh Selangor yang mencatatkan 266 kes.

Laporan itu juga menyebut enam negeri atau wilayah tidak merekodkan sebarang kes baharu hari ini iaitu Putrajaya, Pahang, Terengganu, Labuan, Sarawak dan Perlis.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)