Home Artikel PAS Sabah

PAS Semporna komited meneruskan misi kebajikan rakyat

373
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin

29 November 2020

SEMPORNA: Parti Islam Semalaysia (PAS) Kawasan Semporna terus komited meneruskan misi kebajikan rakyat sebagai misi utama parti.

Ketua Pemuda PAS Semporna, Huzaini Rohan berkata, seramai 25 orang penduduk Kg Bantayan telah menerima sumbangan tersebut, di sini, petang kelmarin.

” Hari ini sekali lagi kami turun untuk memberikan bantuan kepada keluarga yang terjejas akibat pelaksanaan PKPD di daerah ini.

“Sumbangan ini disalurkan bertujuan untuk meringankan beban keluarga asnaf berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Semporna sejak beberapa bulan yang lalu.

“Saya berharap agar misi ini dapat diteruskan lagi dari semasa ke semasa untuk kita sama-sama membantu golongan yang memerlukan di daerah ini.” Katanya semasa ditemui di lokasi penyerahan.

Turut hadir dalam misi kali ini adalah Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Semporna merangkap Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Semporna, Razis Asparin.