Home Berita PAS Melaka

Coretan Kak Wirda : Kalau Rasulullah SAW ada bersama kita

428
SHARE

Oleh : Wirdawati Nazwir

Alhamdulillah.
Salam Jumaat.
Assalamualaikum.

KALAU Rasulullah SAW ada bersama-sama kita, maka apakah yang mahu kita lakukan?? Apakah reaksi kita??

Jika Kak Wirda seorang lelaki, Kak Wirda mahu mencium tangan mulia Baginda Rasulullah SAW, mendakapnya, menatap wajahnya dalam-dalam sambil Kak Wirda berselawat dalam diam. Pasti perasaan Kak Wirda sebak kerana tidak menjangka dapat berada dalam satu majlis bersama-sama ‘abid Allah yang termulia yang membawa Rahmat ke seluruh alam. So excited!

اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين.

Justeru itu, marilah kita sesama Muslim mengikuti satu persatu nasihat dan bimbingan Rasulullah SAW seperti pengiktirafan yang dinukilkan oleh Allah SWT dalam ayat 21 Surah Al-Ahzab,

((لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجو الله واليوم الآخر وذكر الله كثيرا))

“Sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW idola yang baik bagi sesiapa sahaja yang mengharapkan Allah dan Hari Akhirat, dan menyebut (mengingati) Allah sebanyak-banyaknya.”

Al-Fatihah.??❤️

Penulis adalah Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah

#DakwahJakanTerus
#HidupDanMatiUntukIslam
#Semata_mata


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)