Home Artikel PAS Melaka

PAS Melaka : Bajet 2021 lulus, tahniah kerajaan Perikatan Nasional!

626
SHARE

Kenyataan Media

BADAN Perhubungan PAS Negeri Melaka melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga di atas kejayaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) di Dewan Rakyat semalam.

Ini membuktikan bahawa sebahagian besar Ahli Parlimen akur dengan nasihat daripada Yang Dipertuan Agong dan telah meletakkan kepentingan rakyat dan negara lebih tinggi daripada kepentingan politik kepartian masing-masing

Semoga segala yang telah dirancang di dalam Belanjawan 2021 ini dengan peruntukan terbesar dalam sejarah negara ini dapat membantu rakyat dan mengatasi bencana wabak Covid-19 ini.

Saya mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka mengajak semua pihak untuk bersama-sama menumpukan kepada usaha mengatasi masalah Covid-19 yang telah memberi kesan yang besar pada kesihatan dan pendapatan rakyat.

DATUK USTAZ KAMARUDIN SIDEK
• Pesuruhjaya PAS Melaka
• Penasihat Agama Kepada Ketua Menteri Melaka
27 November 2020


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)