Home Berita PAS Melaka

Rencana : Turki era Recep Tayyib Erdogan, sosok meniti kisah yang panjang.

655
SHARE

Oleh : Abu Hadif

IZZAH kebijaksanaan seorang pemimpin. Setelah diangkat menjadi Presiden, tidak terus tergesa-gesa beliau mengembalikan segala apa jua warisan Uthmaniah yang ditukar pada era Attarturk; untuk dikembalikan kepada milik ummah.

Pilihan raya demi pilihan raya, langkah demi langkah disusuni. Beliau mengambil hati rakyatnya dengan empati pada isu kebajikan. Berhati-hati beliau menyusun strategi menghadapi kesukaran cengkaman ideologi sekular yg menjadi perlembagaan Turki, akhirnya terlerai ideologi itu setelah mendapat kekuatan akar umbi.

Di belakangnya ampuh berdiri para rakyat segenap penjuru dan lapisan pencinta kedamaian. Petani, nelayan, peguam, guru dan sebagainya. Buktinya pada kisah hitam rampasan kuasa Julai 2016 (Turkey Coup 2016) betapa kasih masyarakat kepada pimpinan beliau dengan menggagalkan usaha rampasan tersebut.

Tidak kurang juga berdiri kukuh kumpulan-kumpulan tarikat Sufi ruhiyah yang mendampingi beliau.

Hagia Sophia dikembalikan kepada masjid bukan atas keputusan beliau, tapi dengan keputusan Mahkamah Tinggi Negara Turki. Sebab beliau tahu jika dia yang mengarahkan, pasti akan berlaku pemberontakan daripada para penentangnya yang sentiasa menanti peluang.

Kepada dunia luar tegas beliau beri amaran “Ini urusan Turki, bukan urusan kalian!”

Terbungkam para pengecam! Persetan kepada Amerika, Eropah dan para musuhnya! Tetap beliau masih berdiri tegap dengan prinsipnya.

Tika ini, dalam keraian dengan kembalinya Masjid Aya Sofia, dengan senyum bangganya beliau berkata :

“Ini adalah permulaan pembukaan kota al-Quds”

Penulis adalah Wartawan Rakyat Melaka (WARM)


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)