Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 8 kes sembuh, tiada kes jangkitan baharu

333
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 23 Nov : Lapan kes sembuh baharu dan tiada kes jangkitan baharu Covid-19 dikesan di Negeri Melaka hari ini seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Melaka di laman Telegram rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut laporan itu lagi sebanyak 26 kes aktif masih dirawat di Hospital Melaka hari ini dan tiada kes dirawat di wad ICU.

Laporan itu juga menunjukkan 11 mukim berada di zon kuning hari ini berbanding 12 semalam iaitu Mukim Durian Tunggal (2), Ayer Molek (4), Bachang (1), Balai Panjang (2), Batu Berendam (17), Bukit Katil (3), Bukit Rambai (1), Tanjung Minyak (1), Ayer Panas (4), Merlimau (10) dan Rim(3).

Negara hari ini dikejutkan dengan statistik kes baharu Covid-19 seluruh negara yang mencecah 1884 kes yang merupakan rekod tertinggi pernah dicatatkan di Malaysia semenjak wabak ini mula melanda negara ini.

Selangor merekodkan kes tertinggi hari ini iaitu sebanyak 1203 kes diikuti Sabah dengan 289 kes namun lima negeri dan wilayah tidak merekodkan kes baharu iaitu Melaka, Pahang, Terengganu, Labuan dan Sarawak.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)