Home Artikel PAS Wilayah

MPP Ziarah Keluarga Penduduk Meninggal Dunia

371
SHARE

Oleh : Dhiya’ Muttmainnah

BATU : Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 2 Batu, Abu Bakar Abd Rahman telah menziarahi sebuah keluarga di Taman Dato’ Senu yang baru diuji dengan kematian seorang ahli keluarga mereka baru-baru ini.

Jenazah almarhum Shamsul Arifin Ramli telah dibawa ke Surau Raudhatul Muttaqin Taman Dato’ Senu sekitar jam 9.00 pagi untuk diuruskan dan solat jenazah.

Menurut Abu Bakar Abd Rahman, kebanyakan warga alumni Majlis Bandaraya Sentul dan jiran tertangga di sekitar Taman Dato’ Senu turut hadir memberi penghormatan terakhir buat almarhum.

Almarhum telah disemadikan di Tanah Perkuburan Raudhatus Sakinah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan semasa pandemik Covid-19.

“Semoga almarhum Shamsul Arifin Ramli diberi sebaik-baik keampunan oleh Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman,” doa Abu Bakar Abd Rahman semasa ziarah tersebut.