Oleh : Abu Hadif
JASIN, 23 Nov : Mangsa banjir di Kampung Tehel, Batu 10 hari ini berasa lega berikutan kehadiran pasukan operasi bantuan banjir anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) Melaka yang turut bersama membantu untuk membersihkan rumah-rumah mereka yang terkesan setelah air surut akibat banjir yang berlaku semalam.
Muhammad Sani, salah seorang mangsa banjir menyatakan rasa kesyukuran atas bantuan yang diberikan para sukarelawan daripada JAM Melaka untuk membersihkan rumahnya yang kotor akibat daripada lumpur dan tanah kesan air banjir yang telah surut.
Beliau juga kagum atas kesediaan pasukan JAM membantu membersihkan rumah-rumah para penduduk yang menjadi mangsa banjir di sini dengan peralatan pembersihan yang lengkap dan membantu dengan sukarela tanpa meminta sebarang ganjaran dan balasan.