Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 5 kes positif baharu hari ini

240
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 22 Nov : Lima kes positif baharu dilaporkan dikesan di Negeri Melaka hari ini seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka di dalam laman Telegram jabatan itu sebentar tadi.

Menurut laporan itu dua kes dikesan di Daerah Alor Gajah dengan satu daripadanya berlaku di Mukim Belimbing daripada jangkitan tempatan saringan kontak rapat berumur 34 tahun di bawah Kluster Berendam, sementara satu kes lagi berlaku di Mukim Masjid Tanah daripada kategori kes import B saringan kontak rapat berumur 28 tahun di bawah Kluster Putra-18.

Tambah laporan itu tiga kes lagi dikesan di Mukim Ayer Panas dalam Daerah Jasin daripada kategori jangkitan tempatan saringan kontak rapat berumur lima tahun, tujuh tahun dan sembilan bulan.

Laporan itu turut menyatakan bahawa 34 kes aktif masih dirawat di Hospital Melaka sementara tujuh kes dilaporkan sembuh dan tiada lagi kes ICU.

Laporan itu juga menunjukkan 12 mukim berada di zon kuning iaitu Mukim Belimbing (1), Durian Tunggal (1), Ayer Molek (4), Bachang (1), Balai Panjang (2), Batu Berendam (21), Bukit Katil (3), Bukit Rambai (1), Tanjung Minyak (1), Ayer Panas (4), Merlimau (10) dan Rim (3).

Sebanyak 1096 kes dilaporkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 603 kes diikuti Sabah dengan 311 kes sementara tiga negeri tidak merekodkan kes baharu hari ini iaitu Pahang, Terengganu dan Sarawak.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)