Home Artikel PAS Perak

Kenyataan Media PAS Perak | Tulisan Jawi: Perkasa Jati Diri Rakyat

225
SHARE
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
𝗣𝗔𝗦 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞
𝗧𝗨𝗟𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗪𝗜: 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗝𝗔𝗧𝗜 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧
PAS Negeri Perak menyokong sepenuhnya kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat agar dikuatkuasakan penggunaan tulisan jawi ke seluruh negara dengan asasnya dapat memperkasa jati diri rakyat Malaysia keseluruhannya.
Perlembagaan Persekutuan pada Perkara 152 ada menyebutkan Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa utama dan rasmi. Manakala tulisan dalam Bahasa Melayu adalah tulisan Jawi dan Rumi.
Tulisan jawi mempunyai sejarah panjang di negeri Perak bila mana ianya digunakan dalam penulisan awal akhbar-akhbar di negeri Perak seperti Akhbar Warta Perak (1937).
Antara tokoh yang berusaha memartabatkan penggunaan tulisan jawi di Perak ialah Sheikh Idris Al-Marbawi yang banyak mengarang kitab-kitab yang masyhur dalam tulisan jawi seperti Kitab Bahrul Mazi.
Justeru, PAS Perak menyeru dan mengajak seluruh rakyat tanpa mengira kaum mestilah bersama-sama mendukung usaha memperkasakan penggunaan tulisan Jawi agar tidak hilang ditelan zaman kerana ianya merupakan identiti berharga kepada negara.
“Islam Memperkukuh Perpaduan”
MOHD HAFEZ BIN SABRI
Ketua Penerangan
PAS Negeri Perak
22 November 2020 | 6 Rabiul Akhir 1442