Home Berita PAS Melaka

Sediakah kita hadapi dunia sekularisme? – YDP PAS Alor Gajah

493
SHARE

 

Oleh : Al-Ansari

ALOR GAJAH, 22 Nov : “Bersediakah kita sebagai ahli PAS menghadapi dunia sekularisme yang memisahkan antara agama dan kehidupan?

“Islam bukanlah diterjemahkan sebagai agama semata-mata malah sebagai cara hidup. Ini meliputi segenap aspek dalam kehidupan termasuk ibadah, siasah malah ekonomi.

“Sebagai kerajaan pada hari ini, kita sebagai ahli perlu mengubah cara berfikir dan bertindak sebagai kerajaan dengan menawarkan penyelesaian dari segenap aspek kehidupan.”

Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin menjelaskan lagi, Kelantan antaranya berjaya mengasingkan perbendaharaan kerajaan daripada sistem konvensional yang berunsur riba dengan memindahkan kesemua wang ke dalam sistem patuh syariah yang bebas riba (pada ketika itu Bank Islam) dan bermula dari situlah institusi kewangan islam berkembang pesat di Malaysia.

“Detik bersejarah pada tahun 1990 ini tidak hadir sekelip mata dan akan mendapat ujian di sepanjang perjalanan. Ini hanya mampu dilaksanakan apabila kuasa politik berada di dalam tangan orang-orang yang komited dengan Islam,” ujar beliau lagi.

Ustaz Syahbudin berkata demikian ketika dihubungi Wartawan Rakyat Melaka (WARM) sebentar tadi.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)