Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Pembukaan rasmi markas Panglima Armada Tentera

410
SHARE

20 NOVEMBER 1984

PADA hari ini dalam tahun 1984, Perdana Menteri, YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan pembukaan Markas Panglima Armada dan Sistem Komunikasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak.

Markas Panglima Armada ini merupakan markas operasi TLDM yang terbesar dan bertanggungjawab ke atas segala operasi kapal-kapal TLDM.

Manakala sistem komunikasi TLDM pula merupakan sistem komunikasi termoden di rantau ini yang mampu berhubung terus dengan unit-unit TLDM di seberang laut sejauh lebih kurang dua ribu hingga lima ribu batu nautika dengan menggunakan sistem komputer.

Ketika berucap pada majlis tersebut, Perdana Menteri mengingatkan bahawa kemodenan peralatan sesuatu angkatan tentera tidak semestinya menjaminkan kemenangan.

Beliau menegaskan bahawa disiplin, kemahiran, motivasi dan kecekapan anggota tentera tidak boleh diabaikan dan anggota-anggota tentera pula mestilah sentiasa bersikap positif dan berani dalam menjalankan tugas seharian mereka.

Pembukaan rasmi Markas Panglima Armada TLDM ini telah mendokong visi TLDM iaitu menjadi tentera laut yang berkualiti.

Kredit sumber : Ihsan ARKIB NEGARA MALAYSIA


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)