Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Tok Kenali meninggal dunia

3157
SHARE

19 NOVEMBER 1933

PADA hari ini dalam tahun 1933, pengasas sekolah pondok di Kelantan, Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali, kembali ke rahmatullah.

Allahyarham dilahirkan pada tahun 1868, di Kubang Kerian, Kenali, Kelantan. Gelaran Tok Kenali diberi bersempena dengan tempat kelahiran Allahyarham. Allahyarham mendapat pendidikan awal di kampungnya sendiri, kemudian ke Kota Bharu mempelajari tatabahasa Arab.

Pada tahun 1886, Tok Kenali melanjutkan pelajaran ke Mekah selama 22 tahun dan mendalami pengajian tatabahasa Arab, ilmu feqah, tauhid, tasawuf dan tafsir Al-Quran.

Sekembalinya dari Makkah dalam tahun 1909, Allahyarham mula mengajar di rumahnya sendiri. Ilham untuk mendirikan pondok lahir semasa Allahyarham berulang-alik dari kampungnya ke Kota Bharu.

Pondok pertama didirikan di Kampung Paya. Pembinaan pondok ini menjadi pencetus kepada pembinaan pondok-pondok lain di seluruh Negeri Kelantan.

Pemergian Allahyarham, meninggalkan jasa yang tidak ternilai dalam usaha menyebarkan agama Islam.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

Kredit sumber : Ihsan ARKIB NEGARA MALAYSIA


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)