Home Berita PAS Melaka

PAS Semabok edar topeng muka percuma untuk penduduk

399
SHARE

Oleh : Shawal Ahmad

KOTA MELAKA, 19 Nov : PAS Semabok bersama dengan Umno dan JPKK Semabok telah mengagihkan topeng muka (face mask) kepada penduduk setempat di pasar malam Semabok, semalam.

Menurut Timbalan Ketua Cawangan PAS Semabok, Salawati Alin, PAS sentiasa memberi perhatian kepada hal ehwal kehidupan dan keperluan penduduk khususnya di kawasan Semabok lebih-lebih lagi kerana terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Selain memastikan bekalan makanan kepada golongan memerlukan dipenuhi, mereka memahami tuntutan penduduk untuk keluar mendapatkan barangan tertentu atau mengadakan urusan yang mustahak.

“Ini merupakan salah satu aktiviti untuk mendekatkan PAS dengan masyarakat setempat.” ujar beliau.

Bersama edaran tersebut, beliau juga berkesempatan menasihati para penduduk untuk terus mematuhi arahan di bawah PKP agar jaminan keselamatan daripada jangkitan wabak maut itu dapat dihindari sama sekali.

Turut hadir Pemangku Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Melaka, Rohani Hassan, Ketua cawangan PAS Semabok, Muheizan Zainal, AJK PAS Semabok, AJK JPKK Semabok dan AJK Umno Semabok.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)