Home Berita PAS Melaka

Sedih itu fitrah, kembali kepada Allah – YDP PAS Alor Gajah

463
SHARE

Oleh : Al-Ansari

ALOR GAJAH, 19 Nov : “Kesedihan itu sememangnya fitrah setiap manusia apabila dilanda musibah atau kesusahan. Bahkan Rasulullah juga bersedih apabila kehilangan orang yang dicintai Baginda.

“Namun janganlah kita memanjangkan kesedihan itu dan kembalilah kepada Allah seperti mana Surah At-Taubah ayat ke-40 yang bermaksud janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.”

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin, begitulah juga kepada ahli PAS apabila melakukan aktiviti jemaah dan tidak mendapat keputusan yang diharapkan.

Ustaz Syahbudin berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan semasa Program Ziarah Kasih Gadek di Kampung Tanjung Rimau, di sini, semalam.

Penerima bantuan, Nor Aizam Sarbini, 46, yang baru sahaja kehilangan suami mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan PAS Gadek dan dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban beliau.

Ziarah turut disertai oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Dun Gadek, Mohd Afif Che Roselam, wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Nazree Aris dan beberapa pemuda tempatan.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)