Home Berita PAS Melaka

Lawatan muhibbah Deepavali ke rumah Datuk Shanmugan

840
SHARE

Oleh : Adam Baba

MASJID TANAH, 16 Nov : Lajnah Perpaduan Nasional PAS Melaka telah mengadakan kunjungan muhibbah ke rumah Ahli Majlis Tertinggi MIC Kebangsaan, Datuk VP Shanmugam di Taman Pertama Batu Berendam, sempena Hari Deepavali, Sabtu, 14 November lepas.

Menurut Ketua Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Melaka, Zainuddin Latif, program lawatan muhibbah seperti ini sangat penting demi untuk memperkukuhkan lagi semangat Muafakat Nasional dan juga perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Kunjungan ini turut disertai oleh Timbalan Pesuruhjaya-3 PAS Melaka, Puhat Bedol dan Ketua LPN PAS Kawasan Hang Tuah Jaya, Ezan Ahmad.

Shanmugam turut mengucapkan terima kasih atas kesudian PAS mengadakan kunjungan dan ziarah mahabbah ini.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)