Home Artikel PAS Perak

Sinar Baru Untuk Puzi | Khabar DUN Perak

544
SHARE

BAGAN SERAI – Berita tentang kesusahan hidup serta keadaan tempat tinggal Muhammad Puzi dan keluarga yang begitu uzur di Kampung Parit Dua Kubu Gajah Semanggol baru-baru ini akhirnya mendapat perhatian langsung dari ADUN Gunung Semanggol Tuan Hj Razman Zakaria.

Setelah perbincangan bersama, Puzi bersetuju menerima tawaran dari YB untuk bekerja di Maahad Tahfiz di kampung luat lenggong. Di sana Puzi disediakan sebuah rumah sebagai tempat tinggal untuknya dan keluarga berserta kemudahan asas yang lain disamping tawaran gaji bulanan.

Hari ini tibalah masanya untuk Puzi berpindah dari tempat asalnya menuju ke Kampung Luat Lenggong. Dengan kerjasama dari Jabatan Amal PAS Kawasan Bagan Serai dibantu penduduk setempat YB dan pusat khidmat mengetuai gotong-royong mengangkut barang-barang ke dalam lori termasuk motosikal bagi kegunaan di sana.

Diiringi bacaan doa dari Ustaz Wan Nazmi lori yang membawa muatan barangan diiringi konvoi Pusat Khidmat ADUN bergerak menuju ke Lenggong sekitar jam 10.30 pagi.

Sementara itu YB yang lebih dahulu tiba di Lenggong mengambil kesempatan singgah menyantuni ahli jemaah bersama penduduk dalam gotong royong membersihkan jalan di Kampung Gelok. Setelah beramah mesra dengan mereka YB singgah menziarahi Pondok Haji Shaharuddin Al-Mandili di Banggol Batu.

YB terharu di atas tekad Ustaz Romania yang bersungguh-sungguh untuk membangunkan pondok tersebut dan merasakan kehadiran pondok tersebut sebagai satu perkara yang sangat bertuah bagi penduduk Lenggong kerana tidak perlu merantau jauh untuk mendapatkan ilmu khususnya dalam bidang agama.

Lebih kurang jam 12.30pm konvoi perpindahan tiba di lokasi. Tidak menunggu lama YB bersama Pegawai Khas Encik Ahmad Rosman dan Pegawai dari Pejabat Exco Encik Syahril dibantu para pelajar bergotong-royong menurunkan barangan dari lori serta membersihkan rumah yang bakal didiami oleh Puzi dan keluarga.

selesai kerja-kerja pemindahan dan pembersihan YB berpesan kepada Puzi agar memanfaatkan peluang dengan menimba ilmu di samping bekerja di Maahad Tahfiz tersebut bagi merubah kehidupan ke arah yang lebih baik bersama isteri dan tiga orang anaknya.

Puzi menceritakan pada suatu masa pernah beliau membawa isteri dan dua anaknya bermotosikal dari Kelantan ke kampung halaman di Bagan Serai bagi merubah kehidupan. Namun Sinar diharapkan tidak menjelma. Hari ini beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantunya khususnya YB dan pusat khidmat yang bersungguh-sungguh dalam membantu beliau dan keluarga.

Beliau juga bertekad untuk mengubah nasib keluarga dan mengharapkan kehadiran nya di sini dapat diterima di samping menjadi suatu permulaan untuknya memulakan kehidupan baru yang lebih baik.