Home Berita PAS Kelantan

210 pelajar terima bantuan persekolahan DUN Kota Lama

139
SHARE

KOTA BHARU, 27 Mac: Seramai 210 pelajar menerima sumbangan bantuan persekolahan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kembali Sekolah Peringkat DUN Kota Lama 2022 yang diadakan di Dewan Komuniti Kampung Dusun, semalam.
Setiausaha DUN Kota Lama, Mohd Mortazi Ismail mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, YB Dato’ Anuar Tan Abdullah menyampaikan sumbangan tersebut.

Dalam ucapannya, beliau berharap dengan bantuan ini akan menyuntik semangat kepada para pelajar pada sesi baharu persekolahan serta dapat meringankan bebanan kepada keluarga penerima.

Turut hadir, para penghulu mukim, sekretariat PKD Kota Lama dan ibubapa pelajar.