Oleh : Al-Ansari
ALOR GAJAH, 9 Nov : “Jentera parti khususnya PAS Kawasan Alor Gajah haruslah mengatur strategi bagi membantu mereka yang terkesan oleh pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Semenanjung kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis yang berkuat kuasa mulai 9 Nov.
“Kita sedar akan keperluan pelaksanaan PKPB ini dan wajar untuk kita berperanan sebagai agen kerajaan dalam membantu seluruh masyarakat khususnya di kawasan Alor Gajah.
“Marilah kita semua bersatu tidak kira warna bendera demi membantu mereka yang terkesan dan dalam masa yang sama melandaikan kembali lengkung wabak Covid-19 ini”.
Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin, semua ahli masyarakat harus mendisiplinkan diri dengan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan tidak kira siapa sahaja termasuk masyarakat umum dan lebih-lebih lagi kepada pimpinan parti politik.
Ustaz Syahbudin berkata demikian ketika dihubungi Wartawan Rakyat Melaka (WARM) sebentar tadi.