Home Berita PAS Melaka

Majlis maulid bermula seawal kurun ke -10 hijrah – Ustaz Imran

793
SHARE

Oleh : Siti Hajar

HANG TUAH JAYA, 7 Nov : Sejarah permulaan sambutan kelahiran Nabi Muhammad SAW yang tertulis di dalam kitab Bidayah Wan Nihayah karangan Ibnu Kathir mengatakan bahawa majlis maulid telah pun disambut awal kurun ke-10 hijrah kata Ahli Lembaga Pengarah Kompleks Al Khawarizmi, Ustaz Imran Abdul Rahman.

“Raja Malik Muzaffar yang memerintah Irbil dalam wilayah Iraq telah mengadakan majlis maulid secara besar-besaran dan beliau ialah seorang raja yang berani dan alim.

“Para ulama menganggap sambutan ini sesuatu yang baik, antaranya Imam An-Nawawi sendiri yang terkenal dengan Matan Arba’in (Hadis 40), Imam Suyuthi serta Ibnu Hajar Al-Asqalani.”, tambah beliau.

Ustaz Imran turut mengingatkan hadirin untuk berhati-hati dengan jarum halus golongan orientalis yang cuba menyamakan kedudukan Rasulullah SAW setaraf tokoh-tokoh yang lain sedangkan Baginda SAW dididik secara terus oleh Allah SWT.

Ustaz Imran yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka itu berkata demikian dalam satu ceramah ceramah Maulidur Rasul di Masjid An-Naim, Durian Tunggal, Alor Gajah, usai solat Maghrib malam tadi.

Ceramah ini juga disiarkan secara live di Facebook PAS Negeri Melaka.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)